kosong.

aku rasa x berguna. aku x pandai. aku bodoh. aku jadi bahan makian dan tempat melepas perasaan amarah semua orang. aku dibenci oleh semua orang. dahulu aku disanjung tinggi oleh semua orang. pujian yang diberikan kepadaku menggunung setiap hari. semua orang berebut rebut mendekati aku. tidak kira tua atau muda. kaya atau miskin. semuanya berusaha untuk mendampingi aku. namun segala galanya telah berubah. aku bukan lagi menjadi buah mulut orang ramai. aku tidak lagi dipedulikan. tiada juga orang yang bertanya perihal ku. aku terfikir mengapa segala galanya berubah. aku tahu akan sebab nya. dan aku sengaja merancang hidupku begini. semua yang ku lakukan hanyalah untuk menarik perhatian kedua ibu bapa ku. memang tidak dinafikan, ibuku sangat rapat dengan ku semenjak lahir lagi. begitu juga bapaku. segala kemahuan ku mereka turuti tanpa rungutan. mereka menyediakan kemudahan terbaik kepadaku. tetapi, bukan itu yang aku mahukan dalam hidup ini. aku dahagakan kasih sayang mereka. dahulu, aku amat rapat dengan ayah ku. kemana sahaja dia pergi, pasti tidak lupa membawa pulang buah tangan kepadaku setiap hari. dia pasti menelefon ke rumah untuk bertanya apa kehendak ku supaya dia dapat belikan. aku masih ingat saat itu. senyuman terukir di bibir ku tatkala melihat kelibat ayahku di daun pintu. selepas aku berumur 11 tahun, segala galanya berubah. ayah ku yang dahulunya aku sanjungi dan contohi, berubah menjadi panas baran, kurang memberi perhatian kepadaku dan mencurahkan kasih sayangnya kepada kanak kanak asuhan ibuku. ibuku pun sama. mereka tidak lagi memeriksa kerja rumah ku, mengajar ku menulis dan sebagainya. tetapi, kemahuan ku masih dituruti. tetapi, jauh di sudut hati, aku merajuk seorang diri. tiada siapa yang memahami perasaan aku. mungkin aku hanya anak angkat mereka, tetapi aku tidak pernah sekali pun menganggap mereka begitu. mereka pun sama. mereka menatang aku bagai minyak yang penuh. tetapi, aku merasakan semakin lama semakin pudar kasih sayang yang ayah ku berikan kepada ku. sampai la sekarang.

sekarang, segala benda yang ku lakukan semua nya tidak betul di mata semua orang. mereka mula menjauhi aku. mungkin mereka sudah tidak nampak akan segala sifat ku yang dahulu. mungkin kerana itu mereka menjauhi aku. menjadi adat dunia, jika seseorang itu tidak mempunyai apa apa, orang di sekeliling nya akan berlalu pergi. aku juga selalu gagal dan membawa masalah dalam hubungan aku bersama nabilah. aku berasa sedih kerana tidak dapat membahagiakannya dan membuatnya tersenyum. dia juga mengenakan banyak syarat kepada ku dan kelakuannya tidak ubah seperti seorang majikan ingin mengupah pekerja. aku terima apa saja yang dia lakukan. aku tidak dapat bayangkan jika aku kehilangan nya. aku juga sudah biasa melalui hidup seorang diri. diketika ini juga aku berasa keseorangan. seperti layang layang putus tali. tiada tempat untuk mengadu. tiada siapa yang faham perasaan ku ini. semua orang hanya tahu mengatakan aku ni terlampau manja dan sensitif. tidak mengapa. aku juga terima. mungkin aku perlu kembali seperti dulu. tidak mempunyai perasaan walaupun dimaki, dihina, dan dicela. hanya tahu berdiam diri. mungkin cara itu lebih sesuai denganku. pernah terlintas di fikiran ku yang cetek ini, mengapa aku perlu terus hidup di dunia ini yang seolah olah tiada seorang pun yang mempedulikan dan memahami aku? mengapa insan yang bijak seperti rakan ku iaitu arwah danial mustaza yang pergi dahulu? arwah seorang insan yang berbakat. jaguh dalam bidang sukan dan pandai dalam bidang akademik. tidak seperti aku. jauh beza nya bagai langit dengan bumi. allah lebih sayangkan nya. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman. tetapi, aku juga masih bersyukur kerana dapat hidup sehingga hari ini. moga umur ku panjang. mungkin aku tidak perlu menangis lagi untuk hari hari yang bakal ku lalui. aku sudah penat menangis. terlalu banyak dugaan yang ku tempuhi sepanjang hidupku dan mengajar aku erti tabah dan kesabaran. mungkin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang terjadi. aku perlu meneruskan hidup walaupun semangat ku kian lemah.
Labels:

0 comments:

Post a Comment