out of the blue.

hidup ini bagaikan roda. kadang kala kita di atas. kadang kala kita di bawah. aku x menafikan frasa ini. kerana aku pernah menagalami nya. mungkin aku berbeza dari insan yang lain. aku bermula dari atas. ketika aku kecil, aku telah berada di puncak. aku, seorang anak angkat yang dipelihara oleh dua insan mulia iaitu abah dan mak, seorang anggota polis dan surirumah dari keluarga yang berpendapatan sederhana, bagaikan berjalan di atas karpet merah dunia. berjalan dengan megahnya. mungkin ketika itu terasa ilmu penuh di dada, di sanjung oleh masyarakat dan jalan kejayaan seperti telah terbentang luas di depan ku. namun, sangkaan aku meleset. aku hanya berada di atas ketika zaman kecil ku sahaja bukan seumur hidupku. aku mula berputar ke bawah. berputar dengan pantas dalam beberapa tahun ini. aku terasa seperti hidup ku telah berada di paras yang paling bawah. paras yang paling susah dan mencabar dalam hidup ku. ketika inilah aku belajar erti kesusahan, penat lelah membanting tulang, kesabaran dan banyak lagi. ketika ini juga, aku menjadi lebih matang dan perlu mengubah hidupku. lantas aku fikirkan masa depanku, abah dan mak, keluarga kandung ku, saudara maraku dan nabilah. apakah yang dapat aku lakukan demi menjamin masa depan mereka kelak? andai aku pergi sebelum mereka ini, apakah aku dapat memberikan kesenangan kepada mereka yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk ku? aku tidak mahu meninggalkan mereka dalam kesusahan. aku melihat situasi ini dari sudut berbeza dengan fikiran yang positif. akan ku pikul tanggungjawab menyara mereka. aku anggap situasi ini sebagai titik tolak untuk mengubah hidupku dan mereka di sekelilingku. aku perlu berusaha keras untuk mengumpul duit sebanyak mana yang ku mampu. namun, tidak sekali kali aku akan mengabaikan pelajaran ku. itu adalah salah satu syarat untuk mengahwini nabilah. mungkin sesetengah orang prejudis dengan dengan fikiran ku ini. baru setahun jagung, tetapi sudah fikir untuk berkahwin. ya. aku telah berfikir panjang dalam hal ini. tetapi aku tidak hipokrit seperti kalian. berpura - pura tidak memikirkan masa depan tetapi jauh di lubuk hati berasa takut untuk berdepan dengan nya. aku juga berbeza dengan kalian. aku tidak percaya hanya dengan memperolehi sekeping kertas yang dikejar oleh hampir semua penduduk dunia mampu menjadikan hidup seseorang itu terjamin. telah banyak bukti insan yang tanpa pelajaran berjaya membina empayar masing masing. mendiang lim goh tong sebagai contoh. aku amat kagumi semangat yang cekal pada dirinya. aku pernah membaca kisahnya lama dahulu ketika mendiang masih hidup lagi. beliau dilahirkan dalam keluarga yang susah dan mempunyai ramai adik beradik di china. seawal umur beliau 19 tahun, beliau berhijrah ke malaysia setelah 3 tahun kematian bapanya. sampai beliau ke sini, beliau bekerja sebagai tukang kayu dan berkembang sehingga menjadi kontraktor kelas A dan menjadi pengasas genting holdings. sebuah syarikat yang disegani di malaysia malah di rantau asia. segala - galanya bermula ketika umur beliau 19 tahun. ya. seusia dengan ku. bukti seorang yang tidak mempunyai pendidikan formal mampu berjaya dan berada di atas. aku ingin membina sebuah legacy baru. meninggalkan sesuatu yang bernilai dan mampu menjamin kesenangan keluargaku. sehingga mampu menyara cucuku walaupun anak anak ku tidak bekerja. begitulah ibaratnya. aku ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap ku. aku ingin buat mereka kagum semula dengan ku. aku ingin mencipta sejarah di bumi malaysia. aku ingin menjadi salah seorang melayu yang tersenarai dalam senarai jutawan malaysia dan dunia. inilah impian ku. aku pelu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai cita cita ku. semoga orang orang yang tersayang banyak bersabar dengan ku dan sentiasa berada di belakang ku.
Labels: ,

0 comments:

Post a Comment